Followers

Monday, 2 April 2012

Malaikat

Masa zaman sekolah rendah dulu kita ada belajar tentang malaikat kan?

Masa ustaz/ustazah terangkan tentang malaikat Raqib dan Atid yang ditugaskan mencatat kebaikan dan kejahatan/keburukan yang kita buat, masa tu apa yang terlintas kat kepala korang?

Terutama sekali kalau diterangkan yang Malaikat Raqib berada di sebelah bahu kanan dan menulis kebaikan yang kita buat dan  Malaikat Atid pulak berada di sebelah bahu kiri dan mencatit segala keburukan/kejahatan yang kita lakukan. Pernah terfikir tak bagaimana caranya Malaikat tu mencatat dan pernah tak kalau korang nak buat jahat korang rasa takut, takut nanti malaikat Atid terus tulis keburukan yang kita buat?

Mesti korang pelikkan tetiba je keluar entry tentang malaikat Raqib & Atid pulak ni?

Okey la citernya camni, Safiyya semalam cerita dia belajar tentang tugas malaikat yang akan menulis kebaikan dan keburukan . So dia tanya mama, kalau dia buat camni nanti malaikat tulis tak, kalau dia kacau adik malaikat akan catit tak dia buat jahat. Tu aje....

Bila dia sibuk bertanya tu la yang ter"recall" kenangan zaman kecik-kecik dulu... Masa lepas belajar tentang tugas 2 malaikat tersebut, memang bila nak buat sesuatu je, terfikir nanti malaikat akan tulis tak kalau buat perkara ni (tak kira la buat baik ke atau sebaliknya mesti terlintas kat fikiran punyalah...korang?)

Hadis berkaitan 2 malaikat Raqib & Atid:

Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan,  dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan,  lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang di sebelah kanan tunggu dahulu; lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam;  kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."
(Tabarani dan Ibn Marduwiah)

Dalam Hadis ini diterangkan beberapa perkara mengenai kedua Malaikat itu:

(1) Satu berada di sebelah kanan dan yang satu lagi di sebelah kiri setiap orang manusia.

(2) Yang di sebelah kanan ialah yang menulis amal kebaikan dan menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri, yang menulis amal jahat.

(3) Tiap-tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh kebajikan, dan tiap-tiap satu kejahatan ditulis satu kejahatan sahaja.

(4) Amal jahat tidak ditulis melainkan setelah diberi tempoh enam atau tujuh jam - dengan arahan dari Malaikat sebelah kanan.

(5) Sekiranya orang yang melakukan kejahatan itu beristighfar memohon ampun dari Allah Taala dalam tempoh yang tersebut, maka kejahatan itu tidak ditulis.

Dari Anas r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua Malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hamba-Nya (satu di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati - maka Tuhan perintahkan kedua Malaikat itu dengan firman-Nya: "Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hamba-Ku itu serta hendaklah kamu mengucap tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hamba-Ku itu."
(Abu al-Syeikh dan Tabarani)
Allah s.w.t Maha Mengetahui akan segala yang lahir dan yang tersembunyi, tetapi bagi melahirkan kebesaran kerajaan-Nya dan keadilan pemerintahan-Nya maka segala apa jua yang dilakukan oleh setiap manusia - sama ada yang baik atau yang buruk - diperintahkan menulisnya dalam surat amalnya oleh dua Malaikat yang ditugaskan khas mengenainya supaya dapat dilihat dan dibaca oleh orang itu sendiri pada hari akhirat kelak.

 Kedua-dua Malaikat yang tersebut - sebagaimana yang diterangkan dalam hadis ini - tidak bercerai daripada orang itu walau sesudah ia meninggal dunia. Mereka diperintahkan tinggal tetap di kuburnya bertasbih, bertahmid dan bertakbir hingga ke hari qiamat dan pahala zikir mereka yang tersebut ditulis oleh mereka dalam surat amal orang itu.

 Sebaliknya jika ia kafir, maka mereka melaknatnya hingga ke hari qiamat.

Raqib & Atid : kenangan zaman sekolah rendah

Thursday, 29 March 2012

Secebis Kisah Orang Berilmu

Sungguh saya terkesima dengan kesederhanaannya. Pengajarannya sungguh bersahaja tetapi berwibawa. Dalam kuliah selepas Subuh itu, dia merujuk kepada kitab kuning – Muniyatul Musolli, karangkan Syeikh Daud Al Fatani. Dia bukan ustaz yang popular, pun bukan ilmuwan selebriti yang sering muncul di kaca TV. Dia hanya imam biasa, bergamis dan berserban seadanya. Namun dia punya suara yang merdu dan bacaan qiraat yang sangat mantap. Rela mengajar, walaupun dengan bilangan murid yang paling minima!
Saya masih ingat analoginya, “lampu isyarat sudah hijau, tetapi kereta di hadapan kita masih tidak bergerak-gerak. Kita hendak marah dengan kelembapannya. Tetapi sebaik sahaja kita melihat pada kereta itu tertera tanda L, kita jadi sejuk dan memaafkan. Oh, dia masih belajar memandu…”
Dia menyambung, “maka begitulah kita harapkan semasa belajar ini. Kita harapkan Allah ampunkan kita jika kita berterusan belajar. Ibadah kita banyak lagi kecacatan dan kekurangannya, tetapi apabila kita berterusan belajar, semoga Allah memaafkan kita. Contohnya, solat yang kita dirikan selama ini, siapa yang berani menjamin semuanya sudah sempurna? Semuanya sudah tepat seperti solat nabi? Tidak ada siapa yang berani. Lalu apa jalan keluarnya? Ya, dengan berterusan belajar. Insya-Allah, Tuhan akan ampunkan kita sekiranya kita masih belajar solat.”     
Benarlah, seorang dikira sampai ke tahap ilmu yang sempurna apabila dia terus belajar. Rasa tidak berilmu ialah sifat utama orang berilmu. Semakin kita belajar, terasa semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui. Inilah sifat sejati orang berilmu. Lihatlah imam-imam besar bertahap mujtahid yang berterusan belajar tepat seperti yang sering diungkapkan, tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad.
Walau sebanyak mana pun ilmu yang telah digali oleh manusia, hakikatnya masih sekelumit dibandingkan dengan ilmu Allah yang melangit. Justeru, sebanyak mana pun dan setinggi mana pun ilmu yang dimiliki seseorang, dia sewajarnya terus merendahkan diri kepada Allah. Di antara tanda orang yang merendah diri dengan Allah itu, dia juga akan merendah diri sesama manusia. Justeru, jika terdapat ahli ilmu yang sombong, dia hakikatnya bukan ilmuwan tetapi hanya seorang hina dari kelas bawahan!
Bergaullah dengan ahli ilmu yang sebenar, kita akan terasa tenang dengan kerendahan hatinya. Tutur kata dan tingkah lakunya sangat menyenangkan. Semakin tinggi penghormatan yang diberikan oleh manusia kepadanya, semakin tinggi pula penghormatannya kepada manusia lain. Ketangkasannya dalam berfikir disepadukan dengan kelembutan hatinya dalam berzikir.
Kini semakin ramai orang yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi dan kepetahan berkata-kata yang sangat memukau. Namun, kita masih kekurangan orang yang mempunyai ketinggian budi dan kehalusan pekerti. Oleh kerana itu para ilmuwan kini kebanyakannya hanya mampu mengumpulkan peminat, bukan pengikut. Kata-katanya hanya menjadi hiburan penyedap pendengaran, kurang diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan yang membawa penyelesaian.
Betapa Tok guru dahulu, hidupnya sederhana tetapi terlalu kaya dengan karisma dan wibawa. Orang sanggup mati kerananya. Kata-katanya diikuti dari hati, bukan sekadar ambil hati. Apa rahsianya? People dont care how much you know, untill they know how much you care – manusia tidak peduli sejauh mana pengetahuan anda, sehingga mereka tahu sejauh mana anda ambil peduli!
Ya, ulama-ulama dahulu bukan hanya mewarisi ilmu para nabi tetapi yang paling utama mereka mewarisi ‘hati’ para nabi. Sifat-sifat mahmudahnya begitu ketara. Jika mereka berbicara, pasti disebut kelebihan-kelebihan guru-guru mereka sebelumnya. Jatuh pena di tangan, tidak akan diletakannya di atas kitab atau Al Quran. Jangan ada sesuatu yang diletakkan lebih tinggi daripada Al Quran dan Al Hadis… Bukan sahaja di dalam hati, bahkan daripada segi kedudukan fizikalnya.
Sering kali mereka menjawab ‘wallahuaklam’ pada soalan-soalan yang diajukan. Mereka tidak berlagak seperti manusia serba tahu. Mereka boleh bertukar posisi, bertindak sebagai murid yang banyak mendengar apabila dirasakan orang yang dihadapinya lebih mengetahui. Bukan mudah menjadi ‘pendengar’ ketika selalu berperanan sebagai ‘penutur’ tetapi kerana sifat tawaduk mereka, para ulama silam sanggup kelihatan bodoh daripada terus berlagak pandai dan memandai-mandai.
Sesungguhnya, ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Biarpun mungkin tidak punya peminat, tetapi pengikut yang setia tetap ada. Jiwa sufi yang tersemat di dalam diri menyebabkan mereka kaya di dalam kesederhanaannya. Mereka itulah murabbi sejati, sekalipun bukan seorang selebriti.
Guru yang mengajar kitab kuning, yang saya ceritakan pada awal tulisan ini hanya menaiki motosikal… tetapi sungguh, saya jarang memandang wajahnya melainkan di situ ada senyuman!

Bercinta Sebelum NIKAH: Apa Kata Ketua BERCINTA’ SEBELUM NIKAH: APA KATA KETUA

Manhaj para ulama yang bijaksana: Kita mengambil kira hakikat di sebalik nama (bagaimana orang menguruskan cinta mereka) bukannya nama ('bercinta', berkapel, dsb).

“Ada yang kata ‘bercinta’ boleh. Ada yang kata tak boleh. Mana satu ni?”
“Ada yang kata ‘bercinta’ dengan niat nak kahwin, boleh. Betul ke?”
“Ada yang kata penting bercinta sebelum kahwin. Ada yang sebaliknya. Mana satu?”

   Prof. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi yang terkenal dengan dakwah menyeru kepada pandangan moderat menerangkan manhajnya,

“Menjadi kewajipan ke atas kita agar beriltizam dengan petunjuk terbaik iaitu petunjuk yang dibawa oleh Muhammad SAW, para khulafa’ rashidun serta para sahabat baginda yang memperolehi hidayah, yang telah diarahkan oleh baginda SAW agar mengikuti sunnah mereka dan memegangnya dengan kukuh, jauh dari cara Barat yang terlalu bebas dan cara Timur yang terlalu ketat.”

Tidak Bercampur Kecuali Atas Dasar Urusan

Mari kita teliti poin-poin penting yang boleh kita amalkan dalam buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, spesifiknya berkaitan isu percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
1.      Tidak bercampur dengan lelaki/wanita asing (bukan mahram) kecuali kerana keperluan yang mendesak, kemaslahatan yang dibenarkan, dengan kadar yang mencukupi. Contohnya, solat di masjid, menuntut ilmu dan bantu-membantu atas dasar kebaikan serta ketakwaan.
2.      Wanita tidak dihalang dari menyertai untuk berkhidmat kepada masyarakatnya. Di samping itu, tidak mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.
3.      Merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan kesucian. (Syeikh memberi panduan boleh memandang atas dasar urusan tetapi tidak berlama-lama ketika memandang).
4.      Merasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan tetapi tidak dalam bentuk yang menyukarkan.
5.      Tidak menampakkan perhiasan wanita yang tersembunyi seperti rambut, leher, tengkuk, dua lengan dan dua betis kecuali kepada suaminya dan lelaki mahram.
6.      Berhati-hati semasa mengatur langkah dan pertuturan.
7.      Menjauhkan semua perkara yang boleh merangsang.
8.      Mengelakkan diri daripada khalwat.

Pesanan Pengerusi Majlis Ulama Sedunia  Tentang ‘Bercinta’

Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Mufti global, berkata,
1.      Saya ingin tegaskan apa yang selalu saya katakan, bahawa saya tidak memuji apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat. (Beliau lebih memilih perkataan 'tidak memuji' berbanding meletakkan 'hukum' samada 'haram' atau 'makruh' dsb boleh jadi kerana beliau meraikan pendapat orang yang pelbagai terhadap maksud 'bercinta'.)
2.      Ramai orang yang memulai cara bercinta ini dengan cara yang tidak benar dan adil, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan pembicaraan yang tidak jelas dan seringkali dilakukan oleh anak muda ketika mengalami waktu kosong atau bosan.
3.      Pacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh sebahagian remaja puteri, dan ini biasanya sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri.
4.      Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudian ketagihan. Awalnya bergurau tapi akhirnya serius.
5.      Banyak situasi seperti ini berdampak kepada hal-hal yang tidak terpuji. Apatah lagi apabila dilakukan di tempat-tempat gelap, didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan.
6.      Dalam keadaan seperti ini, remaja putera dan remaja puteri boleh terjerumus dalam kesalahan dan kenistaan, sebab keduanya bukanlah malaikat yang suci, dan juga bukan para Nabi yang maksum.
7.      Lebih dari itu, kadang-kadang pacaran dilakukan oleh dua pihak yang tidak serasi dalam status sosial dan pendidikannya, sehingga keduanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang menghalangnya tanpa berakhir dengan pernikahan. Dalam keadaan seperti ini, hati akan hancur berkeping-keping dan jiwa tertekan.
8.      Saya melihat cara terbaik untuk menikah adalah cara yang dilakukan oleh masyarakat Muslim Arab sebelum Barat memerangi kita. Iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik keperibadian calon masing-masing.
9.      Perkara yang sesuai dirisik ialah: adakah sesuai antara keduanya dan kemungkinan akan berhasil menikah jika dilihat dari kemampuannya secara psikologi, kematangan akal, kemampuannya secara ekonomi, dan keadaan sosialnya, serta tidak ada penghalang yang akan menghambat pernikahannya dari salah satu pihak, atau keluarganya atau adat tradisi masyarakatnya, atau undang-undang negaranya dan lain sebagainya.
10.  Jika sudah merisik, seorang pemuda hendaklah dengan berani (gentlemen) datang mengetuk pintu rumah calonnya untuk menemui keluarganya. Si pemuda melihat calonnya dan wanita itu melihatnya tanpa mengetahui bahawa pemuda itu berminat kepadanya. Hal ini tidak lain untuk menjaga perasaannya, jika pemuda itu tidak tertarik kepadanya dan dia belum mendapat tempat di hatinya.
11.  Apabila kapak telah menancap di kepala, pada saat itu keluarga hendaklah melihatnya dengan bijaksana dan penuh hikmah dan tidak semena-mena dengan pendapat mereka dan menolak orang yang melamarnya tanpa sebab.
12.  Keluarga atau walinya hendaklah mengamatinya dengan baik, sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis Nabi, “Tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling menyintai kecuali pernikahan.” (HR Ibnu Majah dan al-Hakim). Atau nikah adalah cara yang paling tepat untuk mengatasi hubungan cinta kasih ini, yang berhujung pada asmara dan kerinduan antara hati lelaki dan perempuan.
13.  Yang paling diperhatikan dalam Islam dari pihak suami atau orang yang melamarnya adalahagama dan akhlak, dan keduanya merupakan faktor terpenting dalam keperibadian seseorang muslimah. (Fatawa Mua’sirah, ibid, juz. 2, hal. 348-349).

Kesimpulan
Subhanallah! Luasnya skop kupasan oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkenaan isu ‘bercinta’. Tidak terkurung dari kaca mata hukum fekah semata-mata. (Hukum fekah adalah soal batas minimum yang tetap ada kepentingannya). Bahkan memberi panduan terhadap aspek perlaksanaan hukum secara ideal. Ini yang seringkali kabur di mata masyarakat.
Kupasan sebegini lebih membumikan kita kepada amal dan perlaksanaan dalam realiti hari ini. Tidak lagi tersepit dalam kekeliruan antara hukum dan perlaksanaan hukum. Perlaksanaan hukum mestilah mengambil kira hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia untuk mendapat impak yang lebih hebat, di dunia dan di akhirat.
Lebih istimewa, Pengerusi Majlis Ulama Sedunia ini memberikan pandangan yang pertengahan antara golongan yang memberat-beratkan dengan golongan yang bermudah-mudah.
Batasan pergaulan yang Islam gariskan banyak kebaikannya. Ia bukan sahaja memelihara kehormatan bahkan juga melindungi daripada punca-punca keruntuhan, keretakan dan kebimbangan. Lebih jauh daripada itu, batasan ini memelihara masyarakat daripada kebinasaan.
Barat dan segelintir orang Islam sendiri menuduh batasan-batasan ini sebagai konservatif. Apa sanggahan syeikh terhadap dakwaan mereka? Kita kupas dalam artikel akan datang, insya Allah.

Wednesday, 28 March 2012

blog

Syukur akhirnya dapat buat blog mnelalui bantuan seorang kawan.Dah lama tunggu nak berblog,akhir dapat buat juga blog
2orang perempuan yang rajin edit blog