Followers

Wednesday 21 March 2012

Adakah Anda Terlibat Dengan Cinta MukaKitab?

Bila dengar sahaja tajuk mesti bermacam tafsiran apa itu Cinta Muka Kitab.



Mungkin orang tahu apa itu lagu cinta Mukabuku tapi sekali lagi saya tegaskan di pihak kerajaan ini adalah cinta MUKAKITAB.tetapi bukanlah kitab yang muka kulitnya dicintai.bukan juga berniat untuk menjadi composer kedua Najwa Latiff apatah lagi dijadikan tajuk lagu single yang bakal diduetkan bersama Najwa.
Buka Hati, Buka Fikiran,Buka plastik kuaci..



Mari Muhasabah seikhlasnya..
Cinta Muka buku:
Cinta yang berkenalan dari laman buku, lelaki tu ugut hantar pesan suh pompuan tu terima dia.. ooh..hati perempuan tu terasa sesuatu..pastu dia neves camna nk bersua, dia gementar tp bahagia.pastu banyak persoalan yang berada di minda dia..(seperti Kata Tanya,Kata kerja,Otak kata jangan, hati kata ya) tu yang membuatkan dia x menentu.n then dia Tanya kat diri dia sendiri ‘’adakah ini CINTA?’’


Cinta Muka Kitab:

Cinta yang seiring di jalan dakwah ex. 2x5 je macam cinta Muka Buku tetapi mungkin versi nya Islamik sedikit. Mungkin datang dari share, like, perkongsian ilmu agama.
Jangan dahulu menghukum melalui emosi..
Teruskan mengopek kuaci anda..

Zaman sekarang pergi mana2 pun ada Fb, Fb dan Fb, pendakwah2 di alam siber pun makin bijak memainkan peranan.Maka dengan itu semakin pesat lah penyebaran dakwah di Fb, maka pendakwah2 dari kalangan siswa siswi, student mahupun belia yang ampuh mujahadahnya berjuang habis2 an di medan Muka Buku untuk menyebar ilmu dan bercucuk tanam ilmu di laman sesawang ini.

Tetapi harus diakui bahawa golongan siswa siswi yang berdakwah bukanlah maksum. Mereka juga ada gelora perasaan yang ingin menyayangi, adalah sesuatu yang normal dalam usia remaja.Fitrah sebagai manusia mempunyai perasaan sebegitu walaupun anda berkecimpung di medan tarbiyah sekalipun.Zaman remaja berdarah muda.maka jangan di jadi pesimis terlalu cepat menghukum.samada Muka buku atau Muka kitab, peranannya sama sahaja. Terpulang kepada otak anda dan husnuzon anda untuk mentafsir.


 Salam Ukhwah Fillah

Adalah suatu fenomena yang normal jika sudah di add atau di approve maka ikhwah atau akhwat akan terus mengucapkan ‘’salam ukhwah fillah’’ dan disusuli dengan ‘’syukran approve/add ana’’ ucapan ini mungkin normal dan mungkin sekadar ucapan biasa tanpa bermaksud apa-apa yng blues dan sewaktu dengannya. Maka pegang dengan erat prinsip anda bahawa salam ukhwah fillah itu tidak berniat apa2 dan tidak akan bertukar menjadi ‘’salam sayang dan rindu.’’ Kerana dari suatu perkataan ukhwah, terpulang kepada niat anda untuk menentukan ukhwah itu bagaimana, samada melalui ukhwah tautan hati atau ukhwah sesama saudara Muslim.


LURUSKAN NIATMU.
Minat ilmunya, kemudian terlajak pulak minat kepada Orangnya
Jika sudah banyak mendalami perkongsian ilmu maka akan lagi luaslah rangkaian jemaah2 kenalan di medan dakwah facebook.Dari satu artikel di share ke artikel yang lain, maka dengan automatic namanya juga akan terpampang di wall anda dan sekaligus posting terbaru darinya akan ‘tersembul’ di Home Page anda.Mungkin jika pada permulaan bermula dengan minat anda di atas artikel2 yang telah di share. Itu tidak mengapa, kerana adalah suatu kebaikan jika memang berminat dengan ilmu yang di share. Tetapi yang menjadi masalah apabila minat dari ilmunya itu akan membuatkan juga Terminat pada orangnya,lalu dimulakan langkah untuk merisik jika benar sudah berpunya atau belum,apatah lagi jika salam dihulur bersambut.Berbunga hati bukan kepalang apalagi jika pujaan hati itu seorang yang berkarisma dan hebat perjuangannya.Maka akan muncullah kata Tanya, kata hujah seperti yang dinyanyikan oleh najwa Latiff.

Anda berdakwah, dia juga berdakwah.. serasikah jika dipadankan dalam cinta MukaKitab?Di mana sudah posting2 ilmu nya yang anda cintai? Kini tanpa sedar anda lebih mencintai tuannya dari mencintai ilmu yang di post. tangan anda ligat view wall bukan lagi mencari ilmu, tetapi cari berita pujaan hati.


LURUSKAN NIATMU.
Perkongsian ilmu yang dilakukan dahulu kini telah menjadi perkongsian hati. Saya sukzon? Renungkan, tidak mustahil. Jika sudah semakin intim sesuatu komunikasi apalagi jika anda selalu berkomunikasi menggunakan private mesej dan akhirnya bertukar2 no. phone.Melainkan anda post di mesej atau wall kemudian anda tag nama kawan2 anda seramai mungkin. Komunikasi yang terus menusuk jiwa dan sanubari ini jelas antara anda berdua sahaja dan tidak mungkin akan diperhatikan pihak ketiga. Maka ruang privasi ini akan digunakan sebaiknya untuk perdebatan dan hujah menghujah dua hala.

Dan berkat komunikasi dua hala yang semakin lincah diiringi dengan gurauan2 dan kata2 usikan maka lama kelamaan sudah tidak ada segan silu lagi jika perbualan dua hala ini diselit dengan HINT-HINT yang akan membuatkan hati berbunga2 dengan pengharapan kerana anda secara tidak sedar telah pun memasuki fasa perkongsian hati. Akan hilanglah hujah2 agama yang bersungguh2 anda ucapkan itu, akan hilanglah perdebatan dan perkongsian ilmu,Sekiranya ada sekalipun, darah muda anda dapat mengukur yang mana satu lebih memikat hati.

LURUSKAN NIATMU.
Awasi CHAT anda! Mungkin Chat adalah sesuatu yang seringkali dipandang remeh dan 
normal.Biasalah.Apa makna Facebook kalau tiada Chat?Chat adalah aplikasi yang paling mudah untuk anda bercinta MukaKitab. Mengapa? Chat adalah perbualan secara LIVE. Chat boleh di reply dan di send dalam masa yang sama.Chat adalah maklum balas yang terpantas. Chat boleh diibaratkan seperti anda berbual secara Real walau tidak bersua muka! Bermula dari SALAM.. kemudian bertanya khabar, buat apa, kemudian bertanya tempat belajar, tinggal dimana dan secara perlahan2 anda telah banyak berkongsi latar belakang yang sepatutnya menjadi privasi. Dari chat hubungan yang biasa akan menjadi intim.

Jika secara Islamiknya mungkin bermula dari bertukar2 link web2 islam, disusuli dengan pertanyaan2 agama, kemudian lama kelamaan bertukar latar belakang hobi, binatang kegemaran dan sebagainya. Sama seperti point yang saya sudah type kat atas.Dimana sudah ikhwah dan akhowat yang lincah posting tentang agama dan teguh dalam mujahadahnya. Di wall anda nampak gah bermujahadah tetapi bila dalam chat tidak padan wall anda jika dibandingkan dengan chat anda.Jika tiada keperluan, offline sahaja Chat anda terutamanya akhowat. Tipu jika anda kata anda mampu menahan diri berterusan chatting ikhwah dan akhowat, kerana anda juga berdarah muda dan tidak mampu menduga bila anda akan diuji soal hati.
   
Perkongsian Agama Yang lebih mendahulukan Lawan jantina.

Memang perlu kita bertanya jika tidak faham akan sesuatu hukum dan persoalan daripada anda terus tertanya-tanya dan terus memilih untuk terus berada di dalam kedaan jahil. Tetapi sebaiknya carilah dahulu yang sejantina jika ingin mengutarakan persoalan agama.Melainkan jika tiada rakan sejantina anda berkemahiran di dalam bidang tersebut dan lawan jantina itu mampu menjawab persoalan2 dari anda. Begitu juga dengan persoalan yang mungkin memerlukan anda memilih variasi jawapan sebelum anda membandingkan hujah mana yang terbaik.Jangan pulak kerana terpikat dengan orangnya maka persoalan2 itu tetap diajukan kepada orang yang sama berkali2,maksud saya dengan niat yang saja2 dan bermotif.tepuk dada Tanya niat. Anda faham kan maksud saya? Bila persoalan2 itu diajukan kerana berniat untuk MERAPATKAN TALI SILATURRAHIM diantara Laila dan Majnun. Eh bukan, Adam dan Hawa. Jangan soalan2 itu dijadikan bahan pengikat kasih antara dua pihak. Bila bertanya, bertanya dengan serius dan benar2 ikhlas.Ilmu Allah bukan Ilmu ‘pengasih’.

Memang tiada kaitan pun. Saya saja boring2 letak kat sini! Hua3.. sebenarnya memang ada. Bagi saya jika gambar seorang perempuan samada berniqab atau tidak yang bergambar bersama keluarga di hari raya,gambarnya di dalam program,(dalam skala yang tidak terlalu expose) atau gambar yang sekadar cukup untuk pengenalan diri mungkin boleh diterima.*sila rujuk video ustaz azhar Idrus berkenaan hukum letak gambar di fb* Tetapi jika sudah ada sesi photoshoot, buat koleksi gambar sendiri di dalam album bagi tatapan ramai,siap dihias mata dengan celak yang agak tebal,edit gambar kasi cantek punyer,bagi saya itu agak luarbiasa.Mengapa..? agak normal kan jika setiap gambar2 itu akan terselit lah komen2 dari ikhwah “subhanallah, sejuknya hati..” dan komen2 yang sekutu dengannya.Kerana galak dan indahnya mata anda mampu menyilaukan pandangan lawan jantina yang memandang.

Adakah anda yakin dengan komen2 tersebut tidak bergetar hati2 para ikhwah untuk mengintai2 anda. Selesakah anda untuk terus bermujahadah di laman FB dalam berkeadaan begitu.? Anda juga termasuk dalam golongan yang berisiko dalam cinta Muka Kitab kerana peratus hati ikhwah yang telah anda pancing mungkin dengan sengaja atau tidak.Maka mungkin ada dari kalangan mereka yang akan cuba mendekati anda dengan seribu satu kiasan dan mungkin perkongsian.Risiko anda diintai si kumbang2 terlalu tinggi. Maka akan timbullah bibit cinta dan susulan2 ukhwah yang telah dibina. Pilihlah semalu menjadi contohmu, tidak memikat si kumbang, jua berduri malah menguncup saat disentuh.maka tidak akan ada iman adam yang bakal kau ranapkan sekaligus mengangkat lagi martabatmu dengan menjadi yang 'tersembunyi' Tundukkan pandangan indah anda itu kerana kesianlah hati ikhwah2 yang merana di ragut anda tanpa sengaja.


Alhamdulillah jika berniat untuk berhijrah kepada tarbiyah tetapi sebaiknya dialog di atas ditujukan kepada sejantina. TIADA MAKNA PARODY SYURGA CINTA dalam kehidupan tarbiyah yang sebenar. Acuan Islam adalah di mana anda mencari tarbiyah di dalam kalangan ukhwah yg sejantina dengan anda. Kenapa? Mereka lebih faham dengan apa yang anda rasa. Mereka lebih tahu memahami kedaan anda dan tahu untuk menasihati apa yang perlu anda lakukan.Melainkan anda dibimbing oleh suami atau isteri anda selepas BERNIKAH. Itu baru layak di panggil sebagai syurga cinta yang memang kasihnya akan membawa ke syurga.Sekiranya syurga cinta itu memang indah disusuli dengan bimbingan2, nasihat2, dan sesi muhasabah hati maka tidak mustahil juga disusuli dengan indahnya tautan hati. Maka akan keluar lah statement bahawa anda memilih dia untuk menjadi pemimpin anda, pasangan sehidup semati, terpikat kerana agamanya.
Luruskan niat anda. 
Berbalik semula kepada dialog ‘’saya memerlukan insan untuk membimbing saya kearah Islam’’ adakah keperluan terhadap insan yang MEMBIMBING melebihi perkataan ISLAM itu sendiri..?Maka akan terbayang2 lah insan yang membimbing melebihi BIMBINGAN ISLAM itu sendiri.Dimana sudah visi dan misi dialog yang sudah diucapkan tadi? Dimana sudah halawatul iman yang anda harap2 kan hasil dari bimbingan itu.Mungkin anda kata anda yakin anda boleh menepisnya, tetapi ketahuilah bahawa darah muda itu sebaiknya dijaga2 dan diawasi.Niat tidak menghalalkan cara.Carilah yang sejantinamu, berkasih sayang lah dan berukhwah bersama mereka, InsyaAllah disana akan bertemu kemanisan tarbiyah yang anda cari.

LURUSKAN NIATMU.
Mabruk! Jika sudah memulai Fasa ingin bernikah..
 TETAPI..
Jangan keluarkan statement bahawa saya tidak percaya jodoh di Mukabuku. Jodoh itu kuasa Allah dan saya selaku hamba tidak layak membuat kesimpulan di atas Qada dan Qadar.Ramai juga ikhwah dan akhowat yang akhirnya bernikah selepas berjodoh di Mukabuku.Tetapi, harus diingati..mereka bertemu dalam tanggungjawab dan perancangan serius.Dalam Istilah yang Halal dan terjaga. Tiada istilah Cinta Mukakitab bagi mereka yang serius ingin mendirikan masjid.Pernikahan adalah tautan dua hati yang benar2 HALAL.Jika benar ingin bernikah, padankanlah janji2 manis anda dengan benar2 malalui akad. bukan sekadar omongan kosong sehingga mengambil masa beberapa tahun untuk terlafaz akadnya. Sampai bila anda akan menikmati hubungan yang tidak halal?dalam jangka masa berapa lamakah jangkauan anda akad itu akan terlafaz..?Sekiranya anda renungkan semula Lirik lagu CintaMukabuku dan koreksi diri anda semula. Apakah sama situasi anda dan lagu tersebut..?

Mungkin pada awalnya semuanya baik2 sahaja dan segalanya terasa indah kerana ilmu2 agama dan tarbiyah yang anda perolehi.


Jangan terus di biarkan diri anda bercintamukakitab tanpa sesuatu yang pasti,segerakanlah akad..
dan sekiranya tidak mampu, janganlah dibiarkan mujahadah anda terus disusuli dengan persoalan hati. 
Tinggalkanlah dia dan kejar cinta Khaliqmu yang utama
.Usah bersedih dan kecewa, mujahadah dan cinta kepada Pencipta itu lebih indah.
 Mungkin belum masanya,maka tidak perlu bersedih hati. 
Serahkan hatimu kepada Allah, pasti Dia akan temukan padamu PEMILIK TERBAIK.


Ketahuilah bahawa saya juga mempunyai masa silam yang juga melibatkan soal hati. Walaupun bukan dari cinta Mukakitab.Kerana saya juga remaja seperti anda. Anda di jalan tarbiyah, saya juga baru memulakan fasa tarbiyah. Kita bukan kalangan yang maksum,di jalan dakwah atau tidak, cinta Mukabuku atau Mukakitab kita sama sahaja di dalam suatu perhitungan,kita juga hamba Allah yang masih berjuang sebelum ajal menjemput. belum tentu bangkit belum tentu rebah.





Khalifah Di Bumi Tuhan:

Ayat Hikmah

-Those who kneel down to ALLAH can stand up for anything.

-Don’t compare your life to others’. You have no idea what their JOURNEY is all about.

-Kau bicara kau perlukan teman, mengisi kekosongan hidup dan membuang kelaraan. Tetapi apakah kau telah bersedia mempersiapkan diri untuk membawanya ke SYURGA, dan dari neraka menjauhkan?

-Your job won’t take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in TOUCH.

-Seorang TEMAN yang baik adalah yang akan membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh diajak bercinta untuk syurga.

-"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]

-Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki.

-The most excellent JIHAD is that for the conquest of self.

-Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.

-Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu MISTERI dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah 'what you give, you get back'. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.

-Apalah sangat PANDANGAN orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?

-Life is too short to waste time HATING anyone.

-Tetapi yakinlah walau sakit nya terlalu, nanti KEMANISANNYA juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi.

-Wahai wanita, semakin engkau menjaga dirimu, menutupi rapi auratmu, sopan gerak geri dan tutur katamu, semakin TINGGI NILAI engkau pada seorang lelaki.

-Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?

-Sudahlah lahir dari saluran yang berkongsi dengan saluran qubul, hampir pula dengan saluran dubur. Setelah itu selama beberapa bulan menelan najis sendiri berkali-kali! Maka masih layakkah kita EGO dengan Sang Pencipta sedangkan Dia-lah yang memelihara di dalam ruang kecil diliputi tiga kegelapan itu?

-Cinta Allah adalah cinta SEJATI yang kekal abadi.

Solat Luarbiasa Vs Biasa Bersolat


Berapakali kita pernah cuba untuk benar-benar menghadirkan hati kita menghadap Allah S.W.T. ketika solat sehinggakan kita merasakan manisnya pertemuan hati kita dengan Allah S.W.T. Tentunya solat itu benar-benar menginsafkan kita tentang hakikat kekerdilan diri kita berdepan dengan keagungan Allah S.W.T. Tentunya kita merasa terhina dan malu untuk melanggar larangan serta mengabaikan perintahNya. Sayangnya, kebanyakan solat kita (saya sendiri) berlaku secara rutin. Diri kita seolah-olah robot yang secara automatik akan menjalankan tugas seperti yang diprogramkan. Hati kita hanya mampu merasakan solat sebagai 'ibadah biasa' yang wajib dilaksanakan.

Mungkin kita tidak seperti setengah orang yang bersolat tanpa baju atau solat dengan pakaian yang baik, harum tetapi express. Mungkin juga kita menyempurnakan solat itu dengan menjaga rukun-rukunnya, memperelokkan bacaannya bahkan kita begitu memahami nas-nas bagi setiap pergerakan kita.

Bukankah ketika Rasulullah S.A.W. menerima bebanan dakwah yang begitu berat dan berdepan dengan tentangan yang begitu hebat, Rasulullah S.A.W. menjadikan solat sebagai sumber kekuatan rohaninya. Bahkan sahabat-sahabat pun, yang diseksa dengan seksaan yang begitu hebat namun masih mampu mempertahankan iman mereka dan bagaimana dibina kekuatan diri yang begitu 'dahsyat'?. Jawapannya SOLAT.

Mungkin harus timbul pertanyaan pada diri kita adakah solat kita seperti solat mereka sehinggakan kita memperolehi kekuatan yang luar biasa seperti mereka? Atau mungkin kita boleh ringkaskan soalannya kepada begini, "Adakah iman kita hebat seperti mereka?"

Saya rasa jawapan anda semua hampir sama seperti saya. TERLALU JAUH BEZANYA bahkan kita selalu hanya mampu kagum dengan keperibadian mereka.

Mungkin juga, kita perlu tanyakan diri kita, "Adakah cukup untuk jiwa kita terhenti pada KEKAGUMAN terhadap mereka? Adakah untuk KAGUM sebegitu sirah perjuangan mereka dipelihara dan dibaca?"

Mungkin PERSOALAN ini mula berkembang terlalu luas. Mari kita kecilkan kembali dan balik kepada SOLAT kita.

Bayangkan solat kita seperti yang disarankan oleh Imam Al Ghazali, Kita mulakan dengan wudhu' yang sempurna. Ketika membasuh muka, kita bermunajat memohon ampun dosa-dosa mulut dan mata kita. Sambil membayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah berikan itu dan betapa banyaknya salah guna kita dalam mensyukuri nikmatNya itu. Betapa kita lupa bersyukur dan betapa kita kufur(engkar) padaNya. Begitu juga dengan anggota wudhu' yang lain, sambil kita membasuhnya kita bermuhasabah diri dan memohon keampunanNya.

Kita bangun untuk solat. Ketika kita takbiratul ihram, kita lalu meninggalkan segala urusan dunia yang remeh temeh. Hati kita tertunduk malu dan sedar betapa kita sedang berdepan dengan Yang Maha Kuasa. Allah yang Maha Melihat bahkan Mengetahui 'bima fissudur' [apa yang ada di dalam hati kita].

Ketika kita Qiam, kita terasa seolah-olah berada di padang Mahsyar. Terbayang difikiran kita tentang herok pikuknya manusia, mataharinya sebatu diatas kepala dan manusia tenggelam dan kelemasan dalam peluh mereka masing-masing.

Kitapun membacakan al-FATIHAH, betapa kita tersentuh kalimah-kalimah memuji Allah S.W.T., kita terasa semakin kerdil. Kita terhenti ketika menyebut 'Malikiyaumiddin' [Yang Berkuasa dilangit dan si bumi], jiwa kita tidak lagi mampu bertahan, terbayangkan banyaknya dosa-dosa kita, terbayangkan kitab amalan yang akan terbang mencari tuannya, terbayang wajah-wajah yang Allah gambarkan di dalam al Quran, wajah-wajah putih dan wajah-wajah yang hitam [Ali Imran], wajah yang berseri-seri dan wajah yang bermuram durja [Al Qiyamah]. Terbayang kita wajah-wajah yang tertunduk dan tidak mampu mendongakkan kepalanya [As Sajdah] dan wajah-wajah yang ketakutan dengan seribu penyesalan [Al Kahfi] LALU jiwa kita terhenti, lidah kita kaku. Kita mula mengukur dan menimbang amalan kita, ALANGKAH SEDIKIT. Lalu dengan penuh keinsafan kita mengucapkan "Ya Allah, kepada Engkaulah kami sembah dan kepada Engkaulah kami pohon pertolongan"
.

Lalu kita tunduk ruku' dengan penuh kehinaan. Malunya kita pada keengkaran dan kelalaian kita. Malunya kita pada keangkuhan dan kesombongan kita. Kita sujud dengan penuh khusyuk. Kita panjatkan doa, seolah-olah kita tidak mahu bangun.

Lalu kita duduk antara dua sujud dengan penuh kegembiraan, betapa Allah telah memilih kita untuk menjadi hambaNya. Betapa kita mensyukuri nikmat hidayahNya. Lalu kita bertasbih memuji Allah S.W.T.

Kita lalui saat-saat tahiyyat akhir dengan tersimpuh penuh kerinduan. Betapa selapas ini kita akan kembali lalai. Jiwa kita dipenuhi rasa rindu dan terasa berat untuk memberi SALAM PERPISAHAN. Terbayang kita kalau-kalau inilah saat terakhir kita.

Bayangkan jika inilah solat kita setiap hari dan setiap waktu. Iman yang bagaimana kita akan miliki? Perjuangan bagaimana yang akan kita tempuhi untuk mempertahankannya?

Wanita Solehah


Mampukah aku menjadi seperti Khadijah.?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah.?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga

Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka.?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..