Followers

Friday, 23 March 2012

Getaran Jiwa- Mawar Putih

Mawar putih mahkota kasih
Selembut sutera setulus air mata
Mutiara kasih anak - ayah bonda
Belaian mesra  permata jiwa
Tanpa batas ruang masa
Apakah untuk selamanya?
Mawar putih anugerah Ilahi
Berkorban nyawa bertarunglah jiwa
Melahirkan dan membesarkan
Bersama kemelut derita dan bahagia
Kasih sejati ditagih jua
Sampai bila dan bagaimana?

Mawar putih mekar suci murni
Seharum kasturi meniti masa
Ayah bonda dimamah usia
Jiwa raga kian pudar
Semakin pilu bertambah lesu
Menunggu saat penghujung nyawa
Sebuah harapan bernama memori
Tak mungkin padam di dalam hati
Pada yang kasih dan tersayang
Mawar putih seindah mimpi harapan
Setinggi gunung mencecah janji
Dekat di mata jauh di hati
Lupa diri menjadi durhaka
Tiada lagi dakapan kasih mesra
Di taman hati sudah buta dan beku
Mawar putih hilang entah ke mana
Anak berkelana cari ayah bonda dan...
di manakah jalan lurus ke pintu Firdausi?

Gurindam Syahwat

Sekian lama cinta disekat
SMS dikirim menggantikan surat
Tibalah masa janji diikat
Terciptalah sejarah di satu tempat
Taman yang indah lagi memikat
Di balik rumpun yang sukar dilihat

Mata bertentang tangan pun berjabat
Dua hati memadu erat
Kasih disulam rindu dirawat
Cinta berganding degupan syahwat
Guruh berdentum hujan pun lebat
Nafas dan nafsu berperang hebat
Tidak tertanggung kasih melarat
Hendak dicanang cinta tersemat


Kini pangkuan semakin rapat
Agungnya cinta tidak bertempat
Tiada diingat Allah dan malaikat
Inikan pula pencegah maksiat
Hilang sudah agama dan adat
Kehendak diri mencalar syariat
Ayah dan bonda dilupa sesaat

Detik berlalu berganti saat
Tubuh yang ramping kini membulat
Tiada lagi t-shirt melekat
Baju yang seksi berganti pelekat
Uda jelita menanggung sarat
Teruna dihubungi tak pernah dapat

Janji dilafaz menjadi jerat
Resah bersulam akalpun tenat
Hilanglah pegangan menggoyahkan syariat
Lalu dibuang penyambung zuriat
Baru terfikir insaf dan taubat
Sayangnya kini sudah terlambat
Takdir tuhan telah tersurat
Saat bertemu di alam akhirat
Bertanyalah Allah soalan yang empat
Adakah hartamu membawa berkat?
Adakah ilmumu menuju manfaat?
Adakah amalmu menjadi rahmat?
Umur mudamu apa kau buat?
Basahkah lidah dengat syahadat

Tika berhimpun bertimbangkan ibadat
Adakah dipilih jalan selamat
Di taman syurga yang harum memikat
Atau neraka di lorong keramat
Berlimpah peluh dan jijik keringat

Wahai sayang sedarlah cepat
Sesungguhnya dunia terlalu singkat
Ayuhlah kita mencari rahmat
Janji Allah segera disemat
Agama tak menghalang cinta sejagat
Kerana itulah nikah disunat
Agar fitrah dibimbing bertempat
Mencari damai beroleh berkat
Diri sekadar memberi nasihat
Kelemahan diri bukanlah azimat
Seandainya terguris hati melarat
Sepuluh jari disusun rapat
Ukhwah terjalin disulam erat
Restu Ilahi sama disemat

Untukmu Bidadari Dunia

Wanita adalah satu simbolik yang sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya. Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan bersih.
Sehelai kain kanvas putih pada mulanya akan diwarnakan oleh si pelukis, untuk mencorakkan apa yang diinginkan begitu juga dengan manusia, ini kerana manusia itu lahir dalam keadaan yang suci tanpa cacat cela.
Islam tidak menghalang wanita menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.
"Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung." - Surah Al-Nur (24): 31
Muslimah kini haruslah bergerak mencari "role model" terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W.
Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.

Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.
Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.
Selaras degan tuntutan kini yang dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran diri untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik, maka pihak iluvislam.com ingin turut serta meyumbangkan tenaga ke arah pembentukan muslimah sejati, muslimah terbaik.
Atas dasar tangungjawab kepada Ummah, iluvislam merancang bagi mengadakan satu program yang boleh dijadikan landasan kepada para muslimah, mencari dan memperbaiki diri, di samping menambahkan ilmu pengetahuan.
Melalui misi melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah serta membentuk wanita muslimah yang berketrampilan dan kuat dengan pendedahan Islam yang lengkap, Konvensyen Bidadari Dunia ini bermatlamat melahirkan lebih ramai pendakwah mullimah sejati. Konvensyen ini juga membantu para wanita agar menjadi wanita serta anak solehah. Selain itu, ini juga memberi anjakan paradigma dalam diri setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik disamping mengamalkan syariat Islam.
Konvensyen yang menghimpunkan 19 tokoh wanita terbaik dari pelbagai lapangan pengetahuan ini membawakan persoalan dan kisah menarik 19 tokoh terkemuka seluruh Malaysia.
Antara ahli panel yang dijemput termasuklah Dr Nikki Syuhada Shukor, Wardina Safiyyah, Catriona Norhayati Ross Bahrin, Amie Sofie, Prof. Muhaya dan ramai lagi.
Konvensyen Bidadari Dunia ini bermula dari 24 hingga 25 Mac 2012. Tuan dan puan yang berminat menyertai Konvensyen istimewa khas buat wanita ini boleh melayari www.bidadaridunia.com bagi maklumat lanjut.

Wednesday, 21 March 2012

Adakah Anda Terlibat Dengan Cinta MukaKitab?

Bila dengar sahaja tajuk mesti bermacam tafsiran apa itu Cinta Muka Kitab.



Mungkin orang tahu apa itu lagu cinta Mukabuku tapi sekali lagi saya tegaskan di pihak kerajaan ini adalah cinta MUKAKITAB.tetapi bukanlah kitab yang muka kulitnya dicintai.bukan juga berniat untuk menjadi composer kedua Najwa Latiff apatah lagi dijadikan tajuk lagu single yang bakal diduetkan bersama Najwa.
Buka Hati, Buka Fikiran,Buka plastik kuaci..



Mari Muhasabah seikhlasnya..
Cinta Muka buku:
Cinta yang berkenalan dari laman buku, lelaki tu ugut hantar pesan suh pompuan tu terima dia.. ooh..hati perempuan tu terasa sesuatu..pastu dia neves camna nk bersua, dia gementar tp bahagia.pastu banyak persoalan yang berada di minda dia..(seperti Kata Tanya,Kata kerja,Otak kata jangan, hati kata ya) tu yang membuatkan dia x menentu.n then dia Tanya kat diri dia sendiri ‘’adakah ini CINTA?’’


Cinta Muka Kitab:

Cinta yang seiring di jalan dakwah ex. 2x5 je macam cinta Muka Buku tetapi mungkin versi nya Islamik sedikit. Mungkin datang dari share, like, perkongsian ilmu agama.
Jangan dahulu menghukum melalui emosi..
Teruskan mengopek kuaci anda..

Zaman sekarang pergi mana2 pun ada Fb, Fb dan Fb, pendakwah2 di alam siber pun makin bijak memainkan peranan.Maka dengan itu semakin pesat lah penyebaran dakwah di Fb, maka pendakwah2 dari kalangan siswa siswi, student mahupun belia yang ampuh mujahadahnya berjuang habis2 an di medan Muka Buku untuk menyebar ilmu dan bercucuk tanam ilmu di laman sesawang ini.

Tetapi harus diakui bahawa golongan siswa siswi yang berdakwah bukanlah maksum. Mereka juga ada gelora perasaan yang ingin menyayangi, adalah sesuatu yang normal dalam usia remaja.Fitrah sebagai manusia mempunyai perasaan sebegitu walaupun anda berkecimpung di medan tarbiyah sekalipun.Zaman remaja berdarah muda.maka jangan di jadi pesimis terlalu cepat menghukum.samada Muka buku atau Muka kitab, peranannya sama sahaja. Terpulang kepada otak anda dan husnuzon anda untuk mentafsir.


 Salam Ukhwah Fillah

Adalah suatu fenomena yang normal jika sudah di add atau di approve maka ikhwah atau akhwat akan terus mengucapkan ‘’salam ukhwah fillah’’ dan disusuli dengan ‘’syukran approve/add ana’’ ucapan ini mungkin normal dan mungkin sekadar ucapan biasa tanpa bermaksud apa-apa yng blues dan sewaktu dengannya. Maka pegang dengan erat prinsip anda bahawa salam ukhwah fillah itu tidak berniat apa2 dan tidak akan bertukar menjadi ‘’salam sayang dan rindu.’’ Kerana dari suatu perkataan ukhwah, terpulang kepada niat anda untuk menentukan ukhwah itu bagaimana, samada melalui ukhwah tautan hati atau ukhwah sesama saudara Muslim.


LURUSKAN NIATMU.
Minat ilmunya, kemudian terlajak pulak minat kepada Orangnya
Jika sudah banyak mendalami perkongsian ilmu maka akan lagi luaslah rangkaian jemaah2 kenalan di medan dakwah facebook.Dari satu artikel di share ke artikel yang lain, maka dengan automatic namanya juga akan terpampang di wall anda dan sekaligus posting terbaru darinya akan ‘tersembul’ di Home Page anda.Mungkin jika pada permulaan bermula dengan minat anda di atas artikel2 yang telah di share. Itu tidak mengapa, kerana adalah suatu kebaikan jika memang berminat dengan ilmu yang di share. Tetapi yang menjadi masalah apabila minat dari ilmunya itu akan membuatkan juga Terminat pada orangnya,lalu dimulakan langkah untuk merisik jika benar sudah berpunya atau belum,apatah lagi jika salam dihulur bersambut.Berbunga hati bukan kepalang apalagi jika pujaan hati itu seorang yang berkarisma dan hebat perjuangannya.Maka akan muncullah kata Tanya, kata hujah seperti yang dinyanyikan oleh najwa Latiff.

Anda berdakwah, dia juga berdakwah.. serasikah jika dipadankan dalam cinta MukaKitab?Di mana sudah posting2 ilmu nya yang anda cintai? Kini tanpa sedar anda lebih mencintai tuannya dari mencintai ilmu yang di post. tangan anda ligat view wall bukan lagi mencari ilmu, tetapi cari berita pujaan hati.


LURUSKAN NIATMU.
Perkongsian ilmu yang dilakukan dahulu kini telah menjadi perkongsian hati. Saya sukzon? Renungkan, tidak mustahil. Jika sudah semakin intim sesuatu komunikasi apalagi jika anda selalu berkomunikasi menggunakan private mesej dan akhirnya bertukar2 no. phone.Melainkan anda post di mesej atau wall kemudian anda tag nama kawan2 anda seramai mungkin. Komunikasi yang terus menusuk jiwa dan sanubari ini jelas antara anda berdua sahaja dan tidak mungkin akan diperhatikan pihak ketiga. Maka ruang privasi ini akan digunakan sebaiknya untuk perdebatan dan hujah menghujah dua hala.

Dan berkat komunikasi dua hala yang semakin lincah diiringi dengan gurauan2 dan kata2 usikan maka lama kelamaan sudah tidak ada segan silu lagi jika perbualan dua hala ini diselit dengan HINT-HINT yang akan membuatkan hati berbunga2 dengan pengharapan kerana anda secara tidak sedar telah pun memasuki fasa perkongsian hati. Akan hilanglah hujah2 agama yang bersungguh2 anda ucapkan itu, akan hilanglah perdebatan dan perkongsian ilmu,Sekiranya ada sekalipun, darah muda anda dapat mengukur yang mana satu lebih memikat hati.

LURUSKAN NIATMU.
Awasi CHAT anda! Mungkin Chat adalah sesuatu yang seringkali dipandang remeh dan 
normal.Biasalah.Apa makna Facebook kalau tiada Chat?Chat adalah aplikasi yang paling mudah untuk anda bercinta MukaKitab. Mengapa? Chat adalah perbualan secara LIVE. Chat boleh di reply dan di send dalam masa yang sama.Chat adalah maklum balas yang terpantas. Chat boleh diibaratkan seperti anda berbual secara Real walau tidak bersua muka! Bermula dari SALAM.. kemudian bertanya khabar, buat apa, kemudian bertanya tempat belajar, tinggal dimana dan secara perlahan2 anda telah banyak berkongsi latar belakang yang sepatutnya menjadi privasi. Dari chat hubungan yang biasa akan menjadi intim.

Jika secara Islamiknya mungkin bermula dari bertukar2 link web2 islam, disusuli dengan pertanyaan2 agama, kemudian lama kelamaan bertukar latar belakang hobi, binatang kegemaran dan sebagainya. Sama seperti point yang saya sudah type kat atas.Dimana sudah ikhwah dan akhowat yang lincah posting tentang agama dan teguh dalam mujahadahnya. Di wall anda nampak gah bermujahadah tetapi bila dalam chat tidak padan wall anda jika dibandingkan dengan chat anda.Jika tiada keperluan, offline sahaja Chat anda terutamanya akhowat. Tipu jika anda kata anda mampu menahan diri berterusan chatting ikhwah dan akhowat, kerana anda juga berdarah muda dan tidak mampu menduga bila anda akan diuji soal hati.
   
Perkongsian Agama Yang lebih mendahulukan Lawan jantina.

Memang perlu kita bertanya jika tidak faham akan sesuatu hukum dan persoalan daripada anda terus tertanya-tanya dan terus memilih untuk terus berada di dalam kedaan jahil. Tetapi sebaiknya carilah dahulu yang sejantina jika ingin mengutarakan persoalan agama.Melainkan jika tiada rakan sejantina anda berkemahiran di dalam bidang tersebut dan lawan jantina itu mampu menjawab persoalan2 dari anda. Begitu juga dengan persoalan yang mungkin memerlukan anda memilih variasi jawapan sebelum anda membandingkan hujah mana yang terbaik.Jangan pulak kerana terpikat dengan orangnya maka persoalan2 itu tetap diajukan kepada orang yang sama berkali2,maksud saya dengan niat yang saja2 dan bermotif.tepuk dada Tanya niat. Anda faham kan maksud saya? Bila persoalan2 itu diajukan kerana berniat untuk MERAPATKAN TALI SILATURRAHIM diantara Laila dan Majnun. Eh bukan, Adam dan Hawa. Jangan soalan2 itu dijadikan bahan pengikat kasih antara dua pihak. Bila bertanya, bertanya dengan serius dan benar2 ikhlas.Ilmu Allah bukan Ilmu ‘pengasih’.

Memang tiada kaitan pun. Saya saja boring2 letak kat sini! Hua3.. sebenarnya memang ada. Bagi saya jika gambar seorang perempuan samada berniqab atau tidak yang bergambar bersama keluarga di hari raya,gambarnya di dalam program,(dalam skala yang tidak terlalu expose) atau gambar yang sekadar cukup untuk pengenalan diri mungkin boleh diterima.*sila rujuk video ustaz azhar Idrus berkenaan hukum letak gambar di fb* Tetapi jika sudah ada sesi photoshoot, buat koleksi gambar sendiri di dalam album bagi tatapan ramai,siap dihias mata dengan celak yang agak tebal,edit gambar kasi cantek punyer,bagi saya itu agak luarbiasa.Mengapa..? agak normal kan jika setiap gambar2 itu akan terselit lah komen2 dari ikhwah “subhanallah, sejuknya hati..” dan komen2 yang sekutu dengannya.Kerana galak dan indahnya mata anda mampu menyilaukan pandangan lawan jantina yang memandang.

Adakah anda yakin dengan komen2 tersebut tidak bergetar hati2 para ikhwah untuk mengintai2 anda. Selesakah anda untuk terus bermujahadah di laman FB dalam berkeadaan begitu.? Anda juga termasuk dalam golongan yang berisiko dalam cinta Muka Kitab kerana peratus hati ikhwah yang telah anda pancing mungkin dengan sengaja atau tidak.Maka mungkin ada dari kalangan mereka yang akan cuba mendekati anda dengan seribu satu kiasan dan mungkin perkongsian.Risiko anda diintai si kumbang2 terlalu tinggi. Maka akan timbullah bibit cinta dan susulan2 ukhwah yang telah dibina. Pilihlah semalu menjadi contohmu, tidak memikat si kumbang, jua berduri malah menguncup saat disentuh.maka tidak akan ada iman adam yang bakal kau ranapkan sekaligus mengangkat lagi martabatmu dengan menjadi yang 'tersembunyi' Tundukkan pandangan indah anda itu kerana kesianlah hati ikhwah2 yang merana di ragut anda tanpa sengaja.


Alhamdulillah jika berniat untuk berhijrah kepada tarbiyah tetapi sebaiknya dialog di atas ditujukan kepada sejantina. TIADA MAKNA PARODY SYURGA CINTA dalam kehidupan tarbiyah yang sebenar. Acuan Islam adalah di mana anda mencari tarbiyah di dalam kalangan ukhwah yg sejantina dengan anda. Kenapa? Mereka lebih faham dengan apa yang anda rasa. Mereka lebih tahu memahami kedaan anda dan tahu untuk menasihati apa yang perlu anda lakukan.Melainkan anda dibimbing oleh suami atau isteri anda selepas BERNIKAH. Itu baru layak di panggil sebagai syurga cinta yang memang kasihnya akan membawa ke syurga.Sekiranya syurga cinta itu memang indah disusuli dengan bimbingan2, nasihat2, dan sesi muhasabah hati maka tidak mustahil juga disusuli dengan indahnya tautan hati. Maka akan keluar lah statement bahawa anda memilih dia untuk menjadi pemimpin anda, pasangan sehidup semati, terpikat kerana agamanya.
Luruskan niat anda. 
Berbalik semula kepada dialog ‘’saya memerlukan insan untuk membimbing saya kearah Islam’’ adakah keperluan terhadap insan yang MEMBIMBING melebihi perkataan ISLAM itu sendiri..?Maka akan terbayang2 lah insan yang membimbing melebihi BIMBINGAN ISLAM itu sendiri.Dimana sudah visi dan misi dialog yang sudah diucapkan tadi? Dimana sudah halawatul iman yang anda harap2 kan hasil dari bimbingan itu.Mungkin anda kata anda yakin anda boleh menepisnya, tetapi ketahuilah bahawa darah muda itu sebaiknya dijaga2 dan diawasi.Niat tidak menghalalkan cara.Carilah yang sejantinamu, berkasih sayang lah dan berukhwah bersama mereka, InsyaAllah disana akan bertemu kemanisan tarbiyah yang anda cari.

LURUSKAN NIATMU.
Mabruk! Jika sudah memulai Fasa ingin bernikah..
 TETAPI..
Jangan keluarkan statement bahawa saya tidak percaya jodoh di Mukabuku. Jodoh itu kuasa Allah dan saya selaku hamba tidak layak membuat kesimpulan di atas Qada dan Qadar.Ramai juga ikhwah dan akhowat yang akhirnya bernikah selepas berjodoh di Mukabuku.Tetapi, harus diingati..mereka bertemu dalam tanggungjawab dan perancangan serius.Dalam Istilah yang Halal dan terjaga. Tiada istilah Cinta Mukakitab bagi mereka yang serius ingin mendirikan masjid.Pernikahan adalah tautan dua hati yang benar2 HALAL.Jika benar ingin bernikah, padankanlah janji2 manis anda dengan benar2 malalui akad. bukan sekadar omongan kosong sehingga mengambil masa beberapa tahun untuk terlafaz akadnya. Sampai bila anda akan menikmati hubungan yang tidak halal?dalam jangka masa berapa lamakah jangkauan anda akad itu akan terlafaz..?Sekiranya anda renungkan semula Lirik lagu CintaMukabuku dan koreksi diri anda semula. Apakah sama situasi anda dan lagu tersebut..?

Mungkin pada awalnya semuanya baik2 sahaja dan segalanya terasa indah kerana ilmu2 agama dan tarbiyah yang anda perolehi.


Jangan terus di biarkan diri anda bercintamukakitab tanpa sesuatu yang pasti,segerakanlah akad..
dan sekiranya tidak mampu, janganlah dibiarkan mujahadah anda terus disusuli dengan persoalan hati. 
Tinggalkanlah dia dan kejar cinta Khaliqmu yang utama
.Usah bersedih dan kecewa, mujahadah dan cinta kepada Pencipta itu lebih indah.
 Mungkin belum masanya,maka tidak perlu bersedih hati. 
Serahkan hatimu kepada Allah, pasti Dia akan temukan padamu PEMILIK TERBAIK.


Ketahuilah bahawa saya juga mempunyai masa silam yang juga melibatkan soal hati. Walaupun bukan dari cinta Mukakitab.Kerana saya juga remaja seperti anda. Anda di jalan tarbiyah, saya juga baru memulakan fasa tarbiyah. Kita bukan kalangan yang maksum,di jalan dakwah atau tidak, cinta Mukabuku atau Mukakitab kita sama sahaja di dalam suatu perhitungan,kita juga hamba Allah yang masih berjuang sebelum ajal menjemput. belum tentu bangkit belum tentu rebah.





Khalifah Di Bumi Tuhan: